3:23 AM

::Gotong-Royong PGPI IPGM Kampus Rajang::

Posted by Mahasiswa Rajang

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin da kurnianya maka pada kali ini gotong- royong perdana akan diadakan sekali lagi oleh PGPI.

Kita rafakkan kesyukuran di atas kelulusan pihak pentadbiran terhadap kertas kerja untuk mengecat semula dan memperkemaskan Surau At Taqwa. Malahan pihak IPGM Kampus Rajang akan menyediakan peruntukan bagi tujuan membeli cat dan peralatan mengecat.

Justeru, MT PGPI IPGM Kampus Rajang 2009/2010 menyeru semua sahabat muslimin dan muslimat bersama- sama mengimarahkan surau kita.

Adalah menjadi hasrat kita untuk menjadikan surau sebagai benchmark kepada IPGM Kampus Rajang menjelang 2010, insya Allah.

GOTONG ROYONG PERDANA PGPI IPGM KAMPUS RAJANG
Tarikh :: 4 & 5 Julai 2009
Lokasi :: Surau At Taqwa
Masa :: 2.30- 5.30 pm & 8.00-11.00 am

0 comments:

Post a Comment