8:03 AM

:: Surau At-Taqwa::

Posted by Mahasiswa Rajang

Persatuan Guru Pelatih Islam IPGM Kampus Rajang merupakan satu-satunya badan perwakilan pelajar Islam yang diletakkan di bawah kepimpinan Exco Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru IPGM Kampus Rajang.

Bagi sesi 2009/2010, AJK PGPI Kampus Rajang akan dibarisi seramai lebih 20 orang mahasiswa dengan pemansuhan lajnah- lajnah tertentu dan usaha- usaha pemantapan fikrah Islam dalam kalangan mahasiswa di kampus ini.

Justeru, Tamrin Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru Pertama akan diadakan insya Allah pada 3&4 Julai 2009 sebagai langkah pertama dalam usaha untuk membentuk barisan kepimpinan berfikrah Islam dalam kalangan Guru.

Usaha ini akan berkesinambungan dengan pelbagai aturcara lain yang telah dan akan diatur dari semasa ke semasa bagi memastikan generasi guru IPGM memiliki kefahaman yang arif tentang agama dan meletakkan Islam sebagai ad-din dalam kehidupan, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment